Resepi Pizza Daging dan Salami
Doh pizza
250g tepung roti/ high protein
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh garam
1/3 sudu teh bread softener
1/2 sudu teh instant yis
1/2 sudu teh baking powder
140ml air sejuk ais
1/2 sudu makan marjerin
*Minyak untuk menerap doh
Sos pasta Adabi atau homemade sos pizza
Menghasilkan :
(2 keping saiz 8in atau 1 keping saiz 10in)
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160-170 degrees
- Satukan semua bahan dan uli sehingga lembut selama 15-20 minit.
- Kemudian bahagi kepada 2 bahagian untuk saiz 8in.
- Sapu pizza pan dengan 1/2 sudu makan minyak dan masukkan seketul doh pizza.
- Tekan sedikit doh tadi dan masukkan lagi 1 sudu makan minyak.
- Tekan lagi doh dengan jari bersama minyak tadi supaya sebati dan memenuhi pan.
- Lebih kan supaya doh dapat di lipat hujung.
- Jangan tekan terlalu nipis, doh akan memgembang jika cukup minyak selepas di bakar.
- Sapu dengan sos pizza, tabur daging cincang dan mozzarella.
- Di ikuti cili benggala, buah zaitun dan tabur lagi mozzarella dan susun salami.
- Bakar selama 15 minit pertama menggunakan api bawah dan 5-10 min lagi menggunakan api atas bawah.
- Bergantung pada oven masing-masing sehingga keperangan dan cheese cair sepenuhnya.
TOPPING
Cili benggala secukupnya - hiris nipis
Buah zaitun hitam - hiris nipis
Salami secukupnya
Daging cincang
Parutan Keju Mozzarella dan Cheddar
DAGING CINCANG
200g daging cincang
1 sudu besar bawang besar cincang
1 sudu teh mixed herbs
1/2 sudu teh serbuk paprika atau serbuk cili
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu makan minyak untuk menumis
Cara-cara :
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar sehingga kuning.
- Kemudian masukkan daging cincang dan tumis sehingga bertukar warna.
- Masukkan mixed herbs dan perasa secukupnya.
- Masak sehingga air daging kering. Angkat.
SOS PIZZA
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan sos tomato
1-2 sudu teh gula
Sedikit garam
1 sudu makan minyak zaitun
Tumis kesemua bahan sos sehingga pecah minyak menggunaka api kecil. Tutup api.
Pizza Daging dan Salami
0 Response to "Resepi Pizza Daging dan Salami"
Post a Comment