-->

Resepi Talam Belebat Ubi Keledek



Bahan Lapisan Bawah
3 ketul keledek (oren, ungu dan putih)
5 biji pisang emas, lecek halus
1/3 cawan gula pasir
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar kelapa parut
1/2 sudu teh garam
1 kotak kecil santan S&P (200ml)
1 cawan air

Bahan Lapisan Atas
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
2 kotak kecil santan S&P (400ml)
1/2 cawan air
1 sudu teh garam
pewarna jika suka

Loyang 10 x 10 alas dengan plastik tahan panas

Cara-cara :
  1. Kupas ubi dan potong memanjang 1 inci.  Rebus hingga masak dan toskan.
  2. Satukan semua lapisan bawah dan gaul bersama ubi.
  3. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
  4. Satukan semua lapisan atas, tapis ke dalam kuali.
  5. Masak hingga adunan naik wap dan tuang ke atas lapisan bawah.
  6. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit lagi.
  7. Bila kuih telah sejuk barulah di potong.

Talam Belebat Ubi Keledek

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Talam Belebat Ubi Keledek"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel