Resepi Kek Pisang Moist
Bahan-bahan
3 biji pisang berangan /7 biji pisang mas, potong
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur gred A
1 cawan minyak masak
1 sudu besar jus lemon / limau nipis
Secubit garam..
Bahan Ayak
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
Hiasan : Potongan pisang di hiris tebal supaya tidak tenggelam
Loyang 8 x 8 (tebal) atau 10 x 10 (nipis)
- Leser mentega dan alas baking paper
Cara-cara :
- Satukan minyak, telur, gula dan garam ke dalam pengisar.
- Kisar selama 5 - 6 minit. Masukkan pisang, jus lemon dan kisar sekejap saja.
- Satukan bahan ayak dalam bekas, tuang bahan kisar dan whisk hingga sebati.
- Panaskan oven 10 minit, suhu 150C api atas dan bawah.
- Tuang adunan ke dalam loyang dan susun hirisan pisang.
- Bakar selama 50 minit atau hingga masak.
Nota : Untuk kek lebih tahan lama, tak perlu letakkan hirisan pisang.
Kek boleh juga di kukus selama 1 jam.
Kek Pisang Moist
0 Response to "Resepi Kek Pisang Moist"
Post a Comment