Resepi Kari Daging Madras
Bahan-bahan
500g daging lembu - hiris nipis
6 sudu makan minyak jagung / minyak sapi
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang kecil – dihiris
1 in halia – dipotong mayang
1 helai daun pandan – di simpul
1 in kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari daging
2 biji tomato - potong dadu
8 cawan air
2 biji ubi kentang – jika suka
1/2 batang lobak merah – dipotong bulat
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu makan bawang goreng - tumbuk halus
1 sudu makan gula melaka atau gula merah
1/2 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa
Cara-cara :
- Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih,halia,bawang merah, daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga hingga naik bau.
- Masukkan daging, kacau hingga separuh masak.
- Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan rempah kari, kacau hingga rata selama 2 minit. Kemudian masukkan air. Tutup periuk dan masak hingga daging lembut.
- Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, tomato dadu dan reneh selama 30 minit hingga kentang dan lobak merah lembut.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan bawang goreng tumbuk, sekiranya terlampau pekat, masukkan sedikit air panas.
- Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula merah secukup rasa dan perahan air limau nipis.
- Siap dan hidang bersama nasi atau roti.
Kari Daging Madras
0 Response to "Resepi Kari Daging Madras"
Post a Comment