-->

Resepi Chocolate Formage Cake yang sangat sedap!


Assalamualaikum
haiii... apa khabar rakan-rakan dan follower-follower ita di luar sana, besar harapan ita agar kalian semua sihat, di berikan kesihatan yang baik, kekal sihat dan ceria di samping keluarga tersayang.
Lama juga tak up date blog ni kan.. tak ada resepi baru yang nak di kongsikan, kalau asyik resepi yang sama pasti terasa bosan pulak kan.

Alhamdulillah ita masih di sini.. di bumi Johor yang indah dan permai ini.. Kebelakangan ini agak sibuk dengan kelas, dengan tempahan kek dan sibuk keluar masuk pergi pos laju untuk hantar produk yang di tempah rakan-rakan. Alhamdulillah rezeki Allah , harap rakan-rakan di luar sana juga di berikan rezeki yang melimpah ruah hendaknya..

Ita pasti ramai yang dah tertunggu-tunggu resepi yang bakal ita kongsikan ni. Serius ita katakan kek ni sangat sedap.. tidak terlalu manis, dan tak muak lah kata orang tu.. Bakal menjadi resepi viral ni..

Cara buatnya agak mudah, bahan pun mudah di dapati, tak menyusahkan.. cuma stepnya agak banyak.. nak buat kek, nak buat cream coklat, nak buat krim putih.. tapi serius walaupun banyak step pasti rasa berbaloi dengan keenakkan rasanya yang menusuk terus ke kalbu..
Nape...? tak caya..? cuba buat dan cuba rasakan sendiri kenikmatannya hingga ke hujung garfu tau!

Oklah kak ita tak nak sembang panjang-panjang, kita terus aje kepada resepi yang bakal di kongsikan.


CHOCOLATE FROMAGE CAKE

Sebelum buat, kak ita nak terangkan dulu setiap step supaya lebih mudah adik-kakak nak faham.

Step pertama, adik-kakak kena sediakan kek span coklat bersaiz 7 inc, ya.. kek ni tak besar ya hanya bersaiz 7 inc sahaja. Untuk resepi kek span coklat , adik-kakak  boleh rujuk resepi yang ita pernah kongsikan sebelum ini di SINI
Tak banyak pun , sekeping untuk lapisan bawah dan sekeping lagi untuk buat serdak , atau serbuk kek yang akan di taburkan pada final touch nanti.

Mula-mula sediakan loyang spring form pan macam ni
Kalau tak ada yang macam ni pun boleh

Tapi kalau yang macam ni adik-kakak kena sediakan satu loyang atau tray yang muat untuk letakkan kek saiz 7 inc di sebelah bawah.
Lapik dengan kertas minyak yang di potong memanjang dan lebihkan pada loyang supaya mudah nak angkat atau keluarkan kek dari loyang nanti sebab loyang yang ni tak ada lapik bawah.
ok faham tak?
lepas tu, potong sekeping kek dan letakkan dalam loyang spring form pan ni, macam ni


Dah siap ketepikan, sekarang kita nak buat krim coklat atau kastard coklat dulu, kita lihat bahan-bahan yang kita perlukan


KRIM COKLAT / KASTARD COKLAT

140 gm cream cheese
20 gm gula caster
1 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanilla
40 gm Whipping Cream (dairy)
50 gm Dark Chocolat
1 sudu besar  tepung kek / tepung gandum

Putar cream cheese hingga lembut
masukkan gula
masukkan telur
Masukkan esen vanilla dan putar hingga lembut dan creamy
masukkan whipping cream dan tepung gandum dan putar sebati
masukkan dark chocolate yang di cairkan ( double boil )
tapis adunan ( adunan agak pekat ) untuk dapatkan adunan yang smooth dan tiada ketulan tepung, cheese atau coklat.
Tuang adunan atas kek ( dalam spring form pan ) tadi
Bakar dalam oven suhu 160 C oven rumah dan 170 C oven industri selama 20 - 25 minit
* ingat oven kena panaskan 15 minit awal sebelum masukkan kek



ok dah siap sekarang kita sediakan krim putih atau kastard putih pulak



KRIM PUTIH / KASTARD PUTIH

60 gm cream cheese - lembutkan suhu bilik
20 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
4 gm gelatin
25 gm air
140 gm whipping cream ( dairy)

Hanya menggunakan whisk sahaja, putar atau cream cheese hingga lembut dan creamy
masukkan kuning telur dan esen vanilla dan kacau sebati
Atas dapur panaskan air dalam periuk ( teknik double boil) letakkan adunan cream cheese dan telur atas periuk berisi air dan kacau rata ( hati2 jangan sampai telur jadi scrambel egg pulak! ) adunan mesti berkrim / creamy.
Gelatin cairkan dahulu bersama air ( double boil / masuk dalam microwave )
Tuangkan gelatin dalam adunan telur dan kacau lagi
akhir sekali masukkan whipping cream
kacau rata


Ini adunan krim coklat yang dah di bakar, biarkan dia suam dulu atau sejuk dulu
Lepas tu tuangkan adunan kastard putih atasnya
Simpan dalam peti ais sampai dia mengeras

* ok ada dua kaedah
1. anda boleh asingkan sedikit krim kastard putih untuk sapu pada luar kek untuk lapisan akhir
2. anda boleh sediakan satu lagi krim untuk bahagian luar atau boleh gunakan whipping cream non dairy yang di putar, mana-mana pun boleh
Untuk yang kak ita buat ni kak ita sediakan krim putih sebab kak ita nak ada lagi satu layer di luar yang ya Allah haven nya bila mencair dalam mulut, dia lalu kat anak telak ni.. smooth aje...



KRIM PUTIH 2

30 gm gula icing
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
60 gm butter
4 gm gelatin
50 gm air
50 gm coklat putih ( cairkan double boil)
130 gm whipping cream Dary

 Gula icing , telur dan esen vanilla puar dan masak kaedah daouble boil dengan whisk hingga krim
Tuangkan gelatinyang dah di cairkan cara double boil
Butter putar asing hingga ghebu, masukkan adunan telur tadi dlm adunan butter, masukkan adunan coklat yang di cairkan kaedah double boil juga
Dalam mixer lain putar whipping cream hingga soft peak
kaup balik adunan butter dan whipping cream rata

Bila kek kita dah keras, salutkan luar kek dengan krim putih 2
Ambil sekeping lagi kek coklat dan parut dengan penapis hingga menjadi serbuk halus
salut serbuk kek pada keseluruhan kek
Sejukkan dan sedia di nikmati
Yummy!
Selamat mencuba







Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Chocolate Formage Cake yang sangat sedap! "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel