Resepi Biskut Cornflakes Rangup
Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi biskut raya yang ita rasa sudah semestinya menjadi kegemaran anak-anak. Biskut Cornflake yang rangup dan cara penyediaannya yang cukup mudah. Kalau tak silap resepi asal dari Kak Wan dan ita ambil resepi ni dari blog Mat Gebu
Biskut ni cara buatnya sangat mudah, bahan-bahannya juga mudah dan ringkas. Ita ikut cara Mat Gebu dalam penyediaan biskut ni kerana adunan agak lembik. Sama macam Mat ita pun malas nak tunggu lama bila nak buat biskut ni.. sebab banyak lagi kerja yang menanti. Ita masukkan adunan dalam piping bag dan paipkan atas cornflakes, ya Allah lagi mudah tak melekit-lekit tangan dan kerja membuat lebih lancar dan yang penting tak berselerak dapur.
Bahan-bahannya pun ita guna ikut apa yang ada kat dapur dan ita banyak ikut bahan yang Mat gunakan. Jom kita lihat resepi dan bagaimana cara penyediaannya.
BISKUT CORNFLAKES RANGUP
Bahan-bahan
280 gram mentega
180 gram gula kastor ~ ita letak 160 gm gula icing
1/2 camca teh esen vanilla
2 biji telur gred B ~ ita guna 1 biji telur A
320 gram tepung red rose @ tepung superfine (che mat guna tepung gandum biasa)*
1/2 camca teh baking powder*
1/4 camca teh soda baikarbonat*
1/8 camca teh emplex (penggaring biskut)*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
Cornflakes secukupnya (kurang lebih 500 gram)
* ita tak letak baking powder kerana ita btakut adunan mengembang.
- Putar mentega dan gula hingga kembang, ( ita putar guna senduk kayu aje ) masukkan telur satu persatu dan putar sebati. Tambah esen vanilla, putar perlahan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan memang agak lembut. Rehatkan sebentar (kalau ikut resipi asal, adunan disimpan semalaman dalam peti sejuk, tapi che mat skip yang ni, lepas direhatkan sekejap, terus ajer buat).
- Sediakan mangkuk besar, tuang cornflakes dan ratakan. Masukkan adunan dalam beg piping besar, gunting hujungnya dan paip dalam anggaran 1 camca teh dunan ke dalam bekas berisi cornflakes tadi. Buat beberapa biji, kemudian golek2kan dengan cornflakes dan tekan2 sedikit agar cornflakes melekat. Alihkan ke dulang pembakar, jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar nanti. Buat hingga siap. ( biskut ita tak mengembang kerana 1. ita tak guna baking poeder. 2. ita tak pukul guna mixer ita guna senduk kayu aje.untuk adunan biskut sebaiknya jangan guna mixer sebab kalau terlebih pukul adunan akan mengembang )
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C (che mat guna suhu 160C, bergantung pada oven masing2) selama 20 - 25 minit atau hingga biskut kekuningan. Sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara... Selamat mencuba!!
0 Response to "Resepi Biskut Cornflakes Rangup"
Post a Comment