Resepi Teh Tarik Cake
Assalamualaikum..
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu resepi terbaru dari ita kan..?
Maaf sanga-sangat ya.. sebab ita sekarang kurang bersiaran di blog, kurang kongsikan resepi yang sedap-sedap!
Sebenarnya nak sangat berkongsi resepi, banyak resepi yang ita dah kumpulkan yang semestinya sedap untuk pengunjung setia blog kesayangan ita ni..
Tapi masa cukup mencemburui ita.. Kadang ita pun takut nak kongsi.. ialah takut ada yang marah sebab ita share resepi free. Ialah ada yang kata mereka buat kelas, jadi tak adillah ita kongsikan resepi secara percuma.
Sebenarnya ita sekadar berkongsi resepi aje.. dan ita kumpulkan resepi yang dah ita cuba untuk koleksi ita sahaja. Tak salahkan kalau resepi yang sedap kita kongsikan dengan rakan-rakan yang lain juga. Ada juga resepi di minta oleh follower ita. Tak nak menghampakan permintaan mereka dan ada kala ita juga teringin nak merasa , maka ita cubalah resepi tersebut. Dan jika berhasil dan rasanya enak pada selera ita dan keluarga, maka ita kongsikan untuk rakan-rakan yang lain juga.
Jangan takut kerana ita tak kongsikan resepi anda pun. Resepi ni adalah hasil perkongsian rakan-rakan alam maya juga. Ada juga yang ita olah sendiri resepi mengikut keselesaan ita. Jadi jangan takut dan jangan risau. Ingat satu aje... percaya pada rezeki Allah.
Hari ni ita nak kongsikan satu lagi resepi yang pada ita sangat sedap! tak terlalu berat dan sesuai mengikut citarasa tempatan rakyat Malaysia yang rata-rata sukakn teh tarik. Walaupun ita tak minum teh tarik, tapi perasaan nak merasa tu cukup menebal bila ada seorang student ita dari Singapura yang cadangkan ita untuk mencuba!
Sedap katanya dan katanya lagi kek ini sedang popular di Singapura. Ia pun apalagi, pantang betul kalau orang kata sedap! mesti nak cuba. Ita pun cuba google resepi. Tak banyak yang kongsikan resepi kek Teh tarik ni, sehinggalah ita bertemu dengan blog INI
Ita cuba olah semula resepi mengikut keselesaan ita dan citarasa ita sekeluarga. Tapi memang sedaplah kek ni.. lembut dan tidak terlalu berat dan sesuai untuk di hidangkan pada rakan-rakan dan keluarga dan sudah semestinya bagi pengemar teh tarik.
Sebenarnya kek ini ita sediakan sempena ulang tahun suami ita yang jatuhnya pada 1 April yang lalu. Tapi di sebabkan masa tu ita agak sibuk dengan kelas, ita tangguhkan untuk menyediakan kek ini sehinggalah ita dapat hari yang betul-betul ita free.
Alhamdulillah bila suami suka rasa kek yang enak ini. Ita pasti anda pun mesti suka.
Jom cuba!
TEH TARIK CAKE
Mula-mula kita kena sediakan dulu air teh tarik
Teh Tarik Syrup
8 bag teh uncang Lipton
1 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat manis
Satukan teh uncang dalam air panas dan rendam hingga kembang dan dapat air teh yang pekat
Larikan 4 sudu besar untuk buat sauce caramel
Baki air teh tadi satukan bersama susu pekat manis
Kek Span Teh Tarik
180 gm gula caster
170 gm tepung
50 gm serbuk badam ~ di bakar sebentar
4 biji telur
15 gm ovelette
1 s/teh baking powder
70 ml teh tarik syrup
1 sudu teh esen vanilla
50 gm butter ~ di cairkan
Sediakan 2 loyang bersaiz 8 inc dan di lapik kertas serta di oles dengan butter
Panaskan oven 15 minit awal dengan suhu 170 C
Tepung di satukan bersama baking powder, kemudian di ayak
Serbuk badam di panggang sebentar
Butter di cairkan
Satukan semua bahan dalam mixer kecuali butter cair.
Dan putar dengan kelajuan perlahan ke laju hingga adunan gebu dan naik sekali ganda
Tutup mixer dan masukkan butter cair
Kaup balik adunan rata
Tuangkan adunan dalam dua loyang dengan sukatan sama banyak
Bakar pada suhu 170C selama 30 minit
Keluarkan kek dari loyang dengan segera setelah masak
Terbalikkan atas redai dan biarkan sejuk
Setelah sejuk, potong kek kepada 2 keping setiap 1 loyang
Ini bermakna kita akan dapat 4 keping kek yang sama ketebalannya.
Ketepikan
Cream Cheese Teh Tarik
250 gm cream cheese
130 gm gula icing
50 ml teh tarik syrup
15 gm gelatin
45 gm air
300 gm non dairy whipping cream
1 sudu teh esen vanilla
Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang
Cairkan gelatin secara double boil atau cairkan dalam microwave
Pukul cream cheese hingga lembut
Masukkan gula, teh tarik syrup dan esen vanilla dan pukul hingga lembut
Tuangkan gelatin dan terus pukul hingga sebati
Dalam mixer lain, putar non dairy whipping cream hingga kental
Satukan whipping cream bersama cheese dan kaup balik rata
masukkan dalam piping bag.
Teh Tarik Caramel Sauce
130 gm gula castor
110 ml dairy whipping cream
60 gm unsalted butter
4 sudu besar teh tarik syrup yang tiada gula ( yang kita dah larikan tadi )
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanilla
Satukan gula dan teh tarik tanpa susu dalam periuk dan masak hingga gula larut dan berbuih-buih
Masukkan butter, garam , esen vanilla dan whipping cream
Masak hingga berbuh dan pekat
Sejukkan
Kaedah Melayer Cake
Letakkan 1 lapis kek span teh tarik di atas lapik kek
Sapukan teh tarik caramel sauce dan ratakan
Paipkan cream cheese teh tarik dan ratakan
Ulang proses yang sama hingga habis
Baki Cream sapukan pada keseluruhan kek
Simpan dalam peti ais hingga ia sejuk dan mengeras
Setelah betul-betul sejuk baru tuangkan baki teh tarik caramel sos
Simpan semula hingga benar-benar keras dan dejuk
Hias kan kek mengikut kreativiti
Potong dan hidangkan bersama keluarga yummy!!
Selamat mencuba!
0 Response to "Resepi Teh Tarik Cake "
Post a Comment