-->

Resepi Soya Smoothies


Alhamdulillah telah beberapa hari umat Islam berpuasa. Nampaknya para ibu sudah semakin sibuk dan semakin pening kepala nak fikir juadah apa untuk di sajikan buat keluarga tersayang. Minuman adalah suatu kemestian yang harus di sediakan dan yang sering di capai dahulu seusai azan berkumandang.

Hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi minuman yang bukan sahaja sedap dan lazat malahan cara penyediaannya cukup mudah dan simple. Tahu tak.. walaupun simple aje cara membuatnya , tapi rasanya sangat sedap dan ita sangat sukakan rasanya yang segar dan nyaman. ya Allah sedapnyaaa... lah bila dia lalu kat anak tekak ni.. tak sangka Soya Smoothies ni sangat sedap!


Ita memang sangat mengemari air soya terutamanya minuman Soya Yeo's yang di buat tanpa bahan pengawet, rasanya asli tidak terlalu manis dan memang menjadi kesukaan ramai. Air minuman soya memang sudah terbukti berkhasiat dan sangat sesuai di minum terutamya pada bulan Ramadhan kerana ia dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan yang keletihan akibat seharian berpuasa.

Hari ini ita nak tunjukkan bagaimana nak menjadikan minuman Soya Yeo's lebih istimewa. Jom ikut ita masuk dapur kita sediakan minuman untuk berbuka puasa.


SOYA SMOOTHIES 


1 kotak air minuman Soya Yeo's ( kotak kecil )
2 sudu besar aiscream vanilla
2 sudu besar cincau ~ di dadu
2 sudu besar cendol
beberapa biji buah laici dalam tin
sedikit jagung manis ~ jika suka


Tuangkan minuman Soya Yeo's kedalam blender
Masukkan juga aiscream vanilla
Jika suka boleh letakkan ketulan ais, tapi ita tak letak kerana ita tak nak rasa asli soya hilang
Kemudian kisar
Sediakan 2 gelas
Letakkan cendol dalam setiap gelas
Letakkan juga cincau yang telah di dadu


Masukkan pula laici
Tuangkan air Soya Yeo's yang telah di kisar tadi ke dalam gelas
Letakkan aiscream di dalam gelas
hiaskan dengan buah laici dan jagun manis


Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini dan penuh dengan keberkatan. Yeo's mengajak kita semua bersama-sama dengan kempen Yeo's BERKAT DI RASAI BERSAMA agar menggalakkan kita berkongsi nikmat dan rezeki bersama-sama dengan saudara-mara, sahabat handai malahan dengan jiran tetangga juga mereka yang memerlukan. Yeo's ingin menjadikan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini dapat di rasai bersama-sama. Jadikan minuman Yeo's sebagai salah satu keberkatan untuk di kongsikan bersama-sama. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.




Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Soya Smoothies"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel