Resepi Sandwich Sardin Goreng
Inilah sarapan pagi kami di suatu pagi. Nak menghabiskan roti wholemeal yang hampir2 luput tarikh. Apa tidaknya... en. suami pulang dari kerja malam beli roti semasa puan isteri sudah pergi kerja. Puan isteri pula pulang kerja petang singgah kedai beli lagi roti yang sama. Ok... 2 plastik roti wholemeal perlu dihabiskan sebelum tamat tempoh. Anak2 pula kurang gemarkan roti wholemeal walau disapu jem. Mereka lebih sukakan roti sandwich putih. Jadi nak bagi cepat habis, maka inilah caranya! Kita sandwichkan ia & bagi 'pakai baju'. hehehe... Boleh dikatakan semua orang pun suka benda2 bergoreng ni kan. Termasuk la yang menaip ni...
Moh le kita buat Sandwich Sardin Goreng. Tukar2 selera gitu. Sedap dimakan, rangup diluar & lembut di dalam. Makan 2 ketul pun dah terasa kenyang. Resepi ni resepi biasa2 & ikut dan je ni... pandai2lah korang ubahsuai ikut tekak masing2 ye...
Sandwich Sardin Goreng
Bahan2
Roti sandwich secukupnya (MaDiHaA guna wholemeal)
minyak untuk menggoreng
Bahan2 inti
1 tin besar sardin
1 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang
10 biji cili padi ~ hiris halus
sedikit perahan limau nipis/kasturi
minyak untuk menumis
Tumiskan bawang & cili padi. Masukkan garam, perahan limau serta sardin & hancurkan sardin. Masak sehingga sosnya kering. Sedia digunakan
Bahan batter
1 1/2 cawan Tepong gandum
1/2 cawan tepong beras
1/4 cawan tepong jagung
1 biji telur gred B atau C
garam secukup rasa
Air secukupnya batter sederhana pekat.
Campurkan kesemua bahan & kacau sehingga sebati menggunakan whisker. Sedia digunakan.
Cara menyediakan.
1. Letakkan inti sardin pada sekeping roti & lipat dua. Tekan keliling roti menggunakan garfu agak2 biar nampak ia mampat/melekat (tak melekat sangat pun tak apa). Habiskan atau buat sebanyak mana keperluan.
2. Panaskan minyak masak secukupnya untuk menggoreng terendam.
3. Pegang roti dibahagian yang ditekan dgn garfu tadi. Celupkan ke dalam batter di bahagian hujung kiri dan kanan, diikuti dengan bahagian tertutup/terlipat. Akhir sekali celup pula dibahagian satu lagi. (masa proses mencelup, roti mesti sentiasa dipegang). Terus masukkan ke dalam minyak yang sedia panas. Ulangi proses satu persatu sehingga roti memenuhi kuali. Goreng sehingga garing dikedua2 belah. Bila garing angkat & toskan.
4. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas.
Selamat mencuba!
0 Response to "Resepi Sandwich Sardin Goreng"
Post a Comment