-->

Resepi Mee Rebus Gear Box Fuh! Sedap Giler


Assalamualaikum

Jika semalam ita kongsikan Sup Tulang Merah Gear box , hari ini masih lagi dengan tulang gear box , tapi kali ni ita sediakan Mee Rebus pula dengan tualng gear box.
Sebenarnya hari tu suami ita beli banyak tulang gear box ni.. terlanjur anak-anak ada bulan puasa ni.. dan anak ita Amirul pun pulang cuti hujung minggu, maka ita sediakanlah mee rebus kesukaan kami sekeluarga.

Mee rebus ni kalau kat Johor ni memang popular. Macam-macam style mee rebus yang di jual kini. Ada letak kacang sikit dalam kuahnya pun ada.. ada yang makan dengan sambal tumis. Ada juga yang di tambah dengan cendawan goreng celup tepung dan udang celup tepung. Macam-macam versi dah kini mee rebus ni.. terpulang pada citarasa masing-masing..


Ita punya pula kali ini lebih simple dan ringkas, sebagaimana selera kami sekeluarga, cuma kesedapannya tu bertambah bila ada tulang gear box yang bila dah serap dengan kuah.. ya Allah tak terbayang kesedapan bila di sedut sum-sum yang berada dalam ntulang tu.. adoiii....

Eish.. jangan bayangkan.. ada terbatal pulak puasa tu nanti..
Bukanlah nak bagi anda semua terliur.. tapi sekadar berkongsi idea nak masak apa untuk keluarga berbuka puasa petang nanti.

Ok jom kita masuk dapur kita mulakan proses memasak.


MEE REBUS GEAR BOX

Bahan-bahan
1 kg mee kuning - di celur dan di toskan
2 cwn taugeh - di celur dan di toskan
4 biji keledek - direbus dan di kisar halus 
4 biji telur - direbus dan di belah 2
4 kpg tauhu - di goreng dan di hiris nipis
lada merah da lada hijau - hiris
bawang goreng
limau kasturi - di belah 2
daun sup dan daun bawang - di hiris

Bahan Kuah
Tulang gear box secukupnya - di rebus terlebih dahulu hingga empuk
4 biji keledek - yg telah di rebus dan dikisar tadi
15 btng cili kering - dikisar
10 biji bawang merah - dikisar 
5 ulas bawang putih - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 inci lengkuas - dikisar
3 sb udang kering - dikisar
2 sb serbuk kari daging
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
1 kiub ikan bilis 
1 kiub daging 
2 cwn santan pekat 
2 kpng asam keping 
1 buku gula melaka 
garam dan gula secukup rasa 
minyak untuk menumis.

Penyediaan Awal
Tulang gear box di rebus dahulu hingga empuk
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek semasa panas hingga halus. Ketepikan.
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.

Penyediaan Kuah
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan gear box rebus bersama air rebusan 
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.

Penghidangan
 Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedok kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.


Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Mee Rebus Gear Box Fuh! Sedap Giler"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel