Resepi Karipap Inti Kentang dan Lobak Purple
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Jumpa lagi di Jumaat barokah. Jumaat ke dua di bulan Ramadhan. Hari ni agak free sikit, jadi bolehlah update blog sekejap. Hari ni nak kongsi resepi karipap yang agak rare sikit ye. Intinya berwarna gelap. Kalau tengok mesti terkejut.. hahaha... Sebenarnya MaDiHaA buat inti ni pun sebab nak habiskan lobak purple lebihan buat gubahan bunga untuk hiasan pulut kuning. Dah bermacam juga MaDiHaA olah guna lobak purple ni. Campur dalam nasi goreng, nasi pun jadi warna purple... hehehe.. Kali ni campur dalam inti karipap pula. Takde beza pun dari segi rasa. Sama macam rasa karipap. Tapi dari segi khasiat, rasanya inti karipap ini lebih berkhasiat & kaya nutrisi dengan adanya purple carrot seperti vitamin A & pythokimia termasuk carotenoid, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins & sesquiterpenes. Nak tau kebaikan purple carrot bolehlah google cari maklumatnya ye. Mujurlah anak2 tak banyak komplen, makan dengan redho saja. Diaorang dah faham ibu dia memang suka buat benda pelik2. hahaha...
Moh kita menguli karipap untuk berbuka puasa kali ni! Resepi doh karipap ni MaDiHaA suka guna doh dari Tun Telani a.k.a Hawa sebab dohnya sangat perfect. Terima kasih ye Hawa sebab bersusah payah menyukat bahan semata2 sebab nak berkongsi resepi dengan kami semua. Sebenarnya MaDiHaA kalau buat karipap pun sama macam Hawa @ Tun juga main agak2 je. Malas betul nak sukat bahan. Sebab tu MaDiHaA takde kongsi resepi karipap sendiri sebab kalau MaDiHaA buat karipap memang main agak2 je bahan. Haa... bukan senang tau nak berkongsi resepi ni. Kena betul2 sukat bahan, kalau tak betul nanti tentu dikecam orang buat tak jadilah, tak sama mcam dalam gambarlah. Beginilah nasi seorang blogger. Kadang2 kita bagi resepi tu dah betul, tapi mungkin cara penyediaan tu yang tak sama. jadi hasilnya tentulah tak sama. Oklah moh kita tengok resepi...
Karipap Inti Kentang dan Lobak Purple
Bahan2 inti
3 biji ubi kentang ~ dipotong kiub
2 biji carrot purple ~ dipotong kiub
1 biji bawang besar ~ dipotong halus
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
200 gram dada ayam ~ dipotong dadu
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit daun sup (sekiranya suka)
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng karipap
Cara menyediakan
1 biji bawang besar ~ dipotong halus
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
200 gram dada ayam ~ dipotong dadu
3 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
sedikit daun sup (sekiranya suka)
Garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis
minyak untuk menggoreng karipap
Cara menyediakan
1. Tumiskan bawang besar & bawang putih, masukkan serbuk kari dan serbuk cili kemudian tambahkan sedikit air utk mengelakkan tumisan hangus. Masukkan isi ayam & air & biar mendidih.
2. Masukkan ubi kentang & carrot. Tambahkan air sehingga menyamai paras kentang + carrot tadi. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kentang empuk, kering & secukup rasa.
3. Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Bahan2 Doh
3. Akhir sekali masukkan daun sup, kacau sebentar dan tutup api.
Inti Kentang campur lobak purple & ayam,
hasilnya abis jadi warna gelap belaka...
Resepi : Tun Telani
1/2 cawan minyak (panaskan)
3/4 cawan air (atau secukupnya)
1/2 sudu kecil garam (MaDiHaA larutkan garam dalam air)
panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk sikit, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)
4 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin (panaskan bersama minyak) 1/2 cawan minyak (panaskan)
3/4 cawan air (atau secukupnya)
1/2 sudu kecil garam (MaDiHaA larutkan garam dalam air)
panaskan margerin dan minyak dlm periuk. tutup api. tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti). dh sejuk sikit, campur garam n air sedikit2. Uli sampai x melekat di tangan. sedia untuk digunakan. (cara gaul dgn minyak panas ini adalah utk dapatkan kulit yg rapuh)
Bila dah siap bolehlah dicanai & terap, masukkan inti secukupnya & kelim bahagian tepinya.
Cara MaDiHaA.. suka bulat2kan doh.. setiap biji bebola untuk sebiji karipap. Lepas siap dibulat2kan rehatkan doh 10 minit sebelum dicanai. Lepas tu canai bebola tadi sehingga nipis & masukkan inti.. tutup inti & kelim macam biasa. Bila dah siap bolehlah digoreng. Untuk dapatkan karipap yang tak meletop2 kulitnya.. masukkan karipap sebelum minyak panas dengan mengecilkan api.. bila dah masukkan karipap barulah dibesarkan sikit api & gorenglah sehingga perang keemasan. Angkat & tos bolehlah dihidang.

Selamat mencuba!
0 Response to "Resepi Karipap Inti Kentang dan Lobak Purple"
Post a Comment