-->

Resepi Jelly Laici Yeos segar dan nyaman


Assalamualaikum dan salam Ramadhan buat seluruh umat Islam walau di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah sekali lagi kita dapat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sabar dan dapat melengkapkan keimana kita kepada Allah .

Bulan puasa tahun ini bersekali dengan cuti sekolah kan..? pasti para ibu lah yang paling sibuk untuk menyediakan juadah berbuka dan bersahur di samping melayan setiap keinginan anak-anak. Tak pe lah.. puasa setahun sekali.. masa nilah kita nak merapatkan hubungan kekeluargaan di samping menunjukkan kasih sayang terhadap ahli keluarga.

Bercerita pasal bulan puasa ini, pasti menu untuk berbuka puasa adalah suatu yang sering bermain di benak para ibu. Tak tahu nak sediakan apa untuk hidangan berbuka puasa nanti..
Ok! memandangkan bulan puasa ini jatuhnya pada cuti sekolah dan dengan cuaca yang agak panas, apa kata ita kongsikan satu kudapan atau pencuci mulut yang ringkas, sangat mudah di sediakan dan ianya sangat sedap dan bertepatan dengan selera anak-anak.


Bukan itu aje bahan yang di gunakan cukup minima dan yang paling utama adalah pengunaan air minuman Laici Yeos's yang di jamin " tanpa bahan pengawit". Ialah sebagai ibu yang berkerjaya kadang kita tak banyak masa nak sediakan itu sediakan ini.. lebih lagi bila pulang dari pejabat dengan trafik jam lagi...

Dengan pengunaan minuman Laici dari Yeo's ni kerja memasak kita menjadi lebih mudah dan ringkas. Malahan air minuman Laici Yeo's ni memang dah terbukti sedap dan di gemari ramai. Ianya bukan sahaja sesuai untuk pencuci mulut di bulan Ramadhan malahan amat sesuai di hidangkan pada Hari Raya juga , pasti ramai tetamu yang tertanya-tanya apakah resepi yang digunakan. psttt...pst.. sudah tentulah minuman Laici Yeo's kan..

Ita rasa ramai yang dah tak sabar nak tahu resepi mudah dan sedap ini kan.. jom kita masuk dapur, kita mulakan proses penyediaan, boleh buat buka puasa petang nanti.



JELLY LAICI YEO'S

2 liter air kotak Laici Yeo's ~ 2 kotak besar
1/2 cawan gula pasir
2 sudu teh serbuk jelly
1 tin laici dalam tin ( air dan buah )


Masukkan laici dan air laici dalam tin ke dalam periuk. Jika suka buah laici itu boleh di siat-siat kecil.
Tuangkan minuman Laici Yeo's sebanyak 2 liter ke dalam periuk
Masukkan gula, kalau suka manis boleh tambah 1 sudu besar lagi gula.
Akhir sekali masukkan serbuk jelly
Masak atas dapur hingga didih
Bila dah didih, biarkan sejuk sebentar dan tuangkan dalam cup kecil untuk mudah di nikmati
Simpan dalam peti ais hingga dingin

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini dan penuh dengan keberkatan. Yeo's mengajak kita semua bersama-sama dengan kempen Yeo's BERKAT DI RASAI BERSAMA agar menggalakkan kita berkongsi nikmat dan rezeki bersama-sama dengan saudara-mara, sahabat handai malahan dengan jiran tetangga juga mereka yang memerlukan. Yeo's ingin menjadikan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini dapat di rasai bersama-sama. jadikan minuman Yeo's sebagai salah satu keberkatan untuk di kongsikan bersama-sama. Salam Ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.





Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Jelly Laici Yeos segar dan nyaman "

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel