Resepi Cekodok Pisang Gebu
Assalamualaikum & salam sejahtera...
Sarapan apa pagi ni teman2 semua? Mesti yang sedap2 & berkhasiat semua kan? Pagi ni kami sarapan sandwich aje. Kelmarin sempat buat cekodok pisang gebu permintaan anak2. Lepas tu goreng juga bihun. Anak2 kalau buat kuih muih manis mesti nak juga sarapan berat. Setakat kuih je... memang tak kenyang dorang tu semua.
Okla pagi ni masukkan resepi cekodok pisang jelah yea. MaDiHaA ni kalau sebut pisang tak kisahlah diolah jadi apa pun juadah memang semua pun suka. Kali ni MaDiHaA buat cekodok pisang gebu. Muai & dapat cekodok lebih sikit berbanding buat cekodok pisang yang biasa tu. Tapi yang tu pun MaDiHaA suka juga lebih terasa pisangnya. Jenis yang gebu macam ni pun sedap juga ala2 macam kek pisang dibahagian dalamnya sebab gebu & luarnya pula terasa rangup bila dikunyah. So pilihan ditangan anda. MaDiHaA suka kedua2... hihi.. MaDiHaA kongsi resepi yer..
rangup diluar, gebu di dalam...
Cekodok Pisang Gebu
Bahan2
10 biji pisang berangan (saiz sederhana)
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh soda bicarbonat
3/4 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula (atau secukupnya)
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
3 sudu besar gula (atau secukupnya)
2 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
Minyak untuk menggoreng
Cara menyediakan
1. Isi pisang dilecek bersama gula sehingga halus. Tapiskan (guna penapis teh) soda bikarbonate & baking powder & kacau rata. (tapis supaya jika ada soda yg berketul2 menjadi halus)
2. Masukkan garam & tepong gandum & diaduk rata.
3. Panaskan minyak masak secukupnya dengan api sederhana. Gunakan sudu kecil untuk menggoreng. Celupkan sudu kecil di dalam minyak kemudian sudukan 1 sudu kecil penuh adunan & goreng sehingga cekodok garing sekata. Selepas 2, 3 kali menyudu, pastikan celupkan lagi sudu ke dalam minyak panas. Ini bertujuan supaya adunan senang jatuh ke dalam kuali bila kita nak menggoreng. Ulang cara ini ye supaya adunan mudah disudukan ke kuali.
4. Kacau2 cekodok buat garing sekata. Bila cekodok sudah garing, bolehlah angkat & toskan. Hidang bersama minuman kegemaran anda.
MaDiHaA nikmati Cekodok Pisang Gebu bersama Boh Green Tea Latte...
Selamat mencuba!
0 Response to "Resepi Cekodok Pisang Gebu"
Post a Comment