-->

Resepi Chinese Dumpling



Bahan A
1 mangkuk isi ayam cincang
1 mangkuk parutan carrot
1 mangkuk parutan sengkuang atau kobis cincang
1/2 mangkuk cendawan hitam cincang
1/2 mangkuk bawang merah cincang
3 tangkai daun bawang atau daun ketumbar cincang

Bahan B
1 biji telur
2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar serbuk pati ayam
gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung

Kulit dumpling boleh beli di pasaraya

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan A di dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan bahan B dan gaul rata.  Perap 1 jam di dalam peti sejuk.
  3. Ambil sekeping kulit dumpling, letak satu kecil inti di tengahnya.
  4. Sapu sedikit air di tepi kulit supaya melekat dan bentukkan mengikut suka.
  5. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, atur dumpling dan goreng sebentar hingga bahagian bawahnya perang.
  6. Kemudian masukkan air separas dumpling dan tutup kuali.
  7. Apabila air kering bolehlah di angkat.
  8. Dumpling juga boleh juga di kukus atau di goreng.


Nota :  Inti ini juga sesuai untuk Fuchuk Roll dan Popia

Chinese Dumpling

Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Chinese Dumpling"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel