-->

Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut


Assalamualaikum
Apa khabar rakan-rakan yang di kasihi sekalian..
Dah berapa hari ya kita berpuasa.. dah hampir dua minggu rasanya... pasti ramai yang dah mula buat persediaan untuk menyambut kedatangan bulan Shawal.

Semalam sempatlah jalan-jalan ke Angsana, ingat nak cari baju raya untuk anak dara.. Adoiii.. susah betul nak cari baju kurung Johor. Rata-rata kedai yang menjual pakaian menjual pakaian berfesyen yang entah apa-apa lah fesyennya.. terfikir sendiri dalam hati.. siapalah nak pakai baju yang fesyen entah apa-apa ntah... kenapa hari raya yang setahun sekali kita tak mengangkat pakaian tradisional turun temurun , nampak manis dan sopan aje.. ini baju dengan renda.. labuci.. manik bagai.. satu dalam kepala terfikir adoiii.. dahlah harganya mahal.. cara penjagaannya juga agak rumit nak kena dry clean, kalau masuk mesen ada terburai semua man-manik tu..


Ita pun satu.. hihi awal-awal tak nak tempah..
Bukan tak nak tempah.. anak dara ni tak mau tempah.. takut jadi macam tahun lepas.. sampai lepas raya baru baju siap. Padahal sebelum puasa lagi dah hantar.. tapi tak siap jugak..

Kita lupakanlah pasal baju raya tu.. hari ni ita nak kongsikan satu lagi biskut raya yang sempat ita sediakan. Biskut Nestum rangup! bukan sahaja rangup tapi ianya gebu dan cair dalam mulut. Rasanya tak terlalu manis dan sedap jugalah.. bahan yang mudah di dapati dan cara membuatnya pun cukup mudah.

Pada yang sedang memikirkan biskut raya apa yang nak buat bolehlah mencuba. jom ita kongsikan resepinya



BISKUT NESTUM RANGUP DAN CAIR DALAM MULUT
Resepi Oleh : My Resipi

250 gm mentega
120 gm gula aising
250 gm tepung gandum ~ ita letak 200 gm
130 gm tepung jagung
60 gm serbuk badam
40 gm nestum - dikisar
1 sudu teh esen vanilla
1 biji kuning telur

Hiasan
Ceri merah - dihiris halus secukupnya untuk hiasan
1 biji kuning telur - untuk hiasan






Masukkan mentega, gula aising dan esen vanilla serta kuning telur telur ke dalam mesin pengadun dan pukul hingga sebati. ( ita guna senduk kayu je )
Masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam serta nestum. Uli doh hingga menjadi doh yang lembut.
Ambil sedikit doh dan bulatkan seperti bola dan tekan dengan garfu @ terapkan dengan menggunakan acuan kegemaran anda. Ulang langkah ini sehingga doh habis.
Susun dalam loyang yang telah disapu mentega.
Sapukan kuning telur dan hiaskan dengan ceri merah/ceri hijau/manik/badam/mengikut citarasa masing2 pada permukaan biskut.
Masukkan dalam ketuhar pada suhu 175 darjah celcius dan bakar selama 20 minit atau hingga kuning keemasan.
Simpan dalam bekas kedap udara.


Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Biskut Nestum Rangup Dan Cair Dalam Mulut"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel