-->

Resepi Agar-agar Lapis Milo


Assalamualaikum
Hujung minggu mesti ramai antara ibu-ibu rumahtangga yang semakin sibuk nak siapkan juadah berbuka puasa. Maklumlah hujung minggu biasanya ramai yang berkumpul di rumah, anak-anak pun cuti.. pasti banyak menu hidangan yang bakal di hidangkan untuk keluarga.

Kadang pening kepala juga fikirkan apalah yang hendak di masakkan. Bila bulan puasa ita selalu ingat kat mak di kampung. Kebiasannya bila bulan puasa seboleh mungkin , mak akan menyediakan segala kehendak dan selera anak-anak. Kadang sampai penuh meja dengan pelbagai hidangan yang di minta anak-anak.. lagi pula anaknya ramai.. kesian tengok mak memasak seorang diri di dapur. Kami anak-anak hanya bantu mana yang dia minta aje.. mak ita memang tak suka anak-anak kacau dia masak.. lagi lambat katanya.. Aduhaiii.. rindu betul nak rasa air tangan mak..

Berlainan bagi ita, anak tak berapa ramai.. bila masing-masing dah membawa diri tinggallah seseorang di rumah. Mujur ada Dalili teman buat lawan gaduh maknya..
Puasa kali ni, kami berdua aje.. kalau makan tu.. ita tengok Dalili dan Dalili tengok ita.. terasa sunyi bila anak-anak dah tak ada.. meja pun tak berapa nak meriah dengan hidangan.. Ita hanya layan tekak anak dara yang seorang ni aje lah.. kadang rasa takut jugak mikir.. mungkin tahun depan atau akan datang berpuasa seorang diri pulak..

Semalam ita sempat sediakan agar-agar Milo untuk juadah berbuka puasa. Oleh kerana kami berdua sahaja, ita buat tak banyak jadilah untuk menambahkan seri meja dan sejukkan tekak setelah seharian berpuasa.

Bagi yang keluarga besar bolehlah gandakan setiap bahan kalau nak buat banyak.. ya.. Ita buat 1/2 adunan aje..


 AGAR-AGAR LAPIS MILO

Untuk Lapisan Milo

5 gm agar-agar serbuk
2 cawan air
35 gm gula pasir
2 peket Milo 3 in one
sedikit esen vanilla

Satukan semua bahan kecuali Milo dalam periuk dan masak atas dapur hingga agar-agar larut dan mendidih
Tutup api dan masukkan Milo. Kacau rata.
Tuangkan 1 senduk adunan dalam bekats yang telah di bilas dengan air.
Biarkan sedikit mengeras
Kemudian di carik-carik atasnya dengan garfu

Untukk Lapisan Putih

5 gm agar-agar serbuk
1 cawan air
1 cawan susu cair
35 gm gula
secubit garam
sedikit esen vanilla

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih
Bila lapisan milo dah mengeras tuangkan lapisan putih
Buat berselang - seli hingga habis
Sejukkan dalam peti ais dan sedia di nikmati dingin




Berlangganan update artikel terbaru via email:

0 Response to "Resepi Agar-agar Lapis Milo"

Post a Comment

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel