Resepi Dorayaki Sajian Sedap
Bahan-bahan
2 biji telur A
4 sudu besar gula pasir (80 gm)
1 cawan tepung gandum (130 gm)
1/2 sudu teh baking soda
1/4 sudu teh esen
1/4 cawan susu cair (50 ml)
2 sudu besar madu)
Inti : Kacang Merah, Peanut Butter, Nutella atau yang di sukai
Cara-cara :
Whisk telur dan gula hingga kembang dan berbuih.
Masukkan tepung, baking soda dan esen vanila, gaul rata.
Masukkan susu cair dan madu, aduk hingga sebati.
Tutup dan rehatkan selama 10 minit.
Adunan tidak terlalu pekat atau cair, bila di tuang alirannya tidak putus.
Panaskan non stick pan, leser sedikit marjerin dan bersihkan dengan tissu dapur.
Selepas itu tidak perlu di oles marjerin lagi.
Tuang 1 sendok adunan, masak dengan api paling kecil.
Tutup pan dan biarkan sehingga permukaan adunan berlubang dan tepinya keperangan.
Terbalikan sehingga bahagian bawah masak
Angkat dan isikan inti dan tangkupkan.
Nota : Selepas di angkat, tutup kepingan dorayaki supaya sentiasa lembut dan tidak kering.
0 Response to "Resepi Dorayaki Sajian Sedap"
Post a Comment